Tuesday, 26 November 2013

alang seluk pekasam

assalamualaikum...

masa = 10:22 pm (selasa)

malam ni ada keje nak buat...nak kena buat list umur dan faedah dalam perlindungan takaful. dengar pun macam komplicated sikit. kak zah yang bagi keje ni sebab nanti nak letak dalam brochure. hahahaha..iolls sekarang ni weh telah menjadi usahawanita~ EJEN MAA TAKAFUL ~ rasanya macam pernah bagitau je kan..hihi..oppss sori..banyak ni nak buat..kena buat cepat-cepat karang mem besar marah pulak...hihi..macam malas je macam segan je..hihi

ha tengok-tengok..ada paham tak? hihi...bukan yang ni ye nak letak kat brochure. kalau bagi ni client mau pengsan nanti...hihi
 alang-alang tu kan, aku ada satu cerita misteri la yang sedang mengganggu aku sekarang ni. dah dua malam dah belalng hijau muncul dalam bilik aku..malam pertama kul 3.00 pagi, malam kedua kul 2 pagi..hmmm..malam 1st tu belalng tu tetiba je terbang dari mana tah hinggap kat belakang aku (masa tu aku meniarap), terkejut gila aku..aku terus la kibas baju aku kan, pastu die hinggap kat dinding sebelah tingkap..aku rasa meremang..tak tahu kenapa,hahaha..then aku amek tudung aku terus libas ke arah belalang tu sambil takbir tau, sebelum tu aku da baca siap-siap ayat kursi semua,aku libas tak sampai kena pun belalang tu, cukup tiga kali, belalng tu hilang di balik langsir..mungkin da keluar ikut tingkap. aku cuak sangat pastu takleh tidur lak kan, aku gi ke dapur lintas ikut tandas masuk bilik mak aku, bilik mak sebelah bilik air..aku buka pintu mak aku, buka lampu ruang tengah, pintu bilik aku pun aku buka..takleh tidur..dah pukul 5 pagi baru tidur..huhuhu

malam kedua lak aku tidur cam biase, kul 2 pagi aku terjaga sebab ada binatang duk hinggap kat laptop aku..aku buka la lampu..tengok belalng hijau lagi..aku terus bukak pintu bilik aku then terus ketuk bilik mak aku.masa aku ketuk tu belalang tu bunyi kuat sangat kan..aku dah tak sanggup nak gi redah dapur then bilik air tu..aku ketuk jugak pintu mak sampai mak bangun. masa mak aku bukak pintu belalng tu tak bunyi dah..haihhh..kemain cuak. aku gitau mak aku belalng masuk lagi. mak masuk bilik aku then baca ape tah..mak aku halau tapi belalng tu terbang sikit-sikit je then hinggap kat almari aku.pastu dah tak nampak mane die. aku cakap kat mak jangan tutup pintu, aku pun tak tutup pintu gak tapi mak marah suruh aku tutup pintu then kunci, tapi mak aku tak tutup pintu die.hehehe..aku ni dah la penakut, aku tidur bukak lampu je...hahahahaha..kenapa eh??

1 comment:

  1. JOM JOIN GIVEAWAY SAYA
    TAMAT PADA 30 APRIL 2014

    http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/04/giveaway-saya-nak-skirt-free-itu.html

    ReplyDelete