Sunday 30 June 2013

minggu yang tenang =)


hahaha..nampak tak apa yang kat atas? aku dah berjaya untuk menjadi ejen insurans yang bertauliah..haih bukan senang nak amek exam tbe nih..kena study dulu baru mampu jawab itu pun belum tentu engkau lulus..hehe..tapi alhamdulillah la aku berjaya dengan sekali amek je..macam orang kat belakang aku masa amek exam tu cakap dia dah 3 kali amek exam tuh..memang susah..macam soklan pemahaman jer siap ada pilihan jawapan yang pakai nombor roman tuh..haiya..masa pmr spm dulu pun serabut wat soklan yang berkenaan ngan roman tu kan..hahahaha..kalau tengok gred aku tu memang berpadanan la dengan aku kan..study last minit giler..exam tbe tu hari sabtu pukul 5 petang, aku start study jumaat malam kul 12 malam..kira hari sabtu gakla study kan..aku tido pukul 5 pagi tahu? kena study bebetul gak kalau tak membazir je duit exam tuh..setiap kali amek exam tu kena duit..dah la study pun penat, nak kena keluarkan duit lagi, double penat kan? huhuhu..nasib baik la lulus..hihihi

kegembiraan berlarutan sampai aku habiskan duit beli benda yang mengarut-ngarut je..nak tahu tak aku beli apa?

tengokkk..aku beli sticker untuk keyboard dengan pembalut hadiah..hihihi =)

pembalut hadiah tu saje je aku balut bunga yang aku letak dalam keta aku..kertas die dah jadi buruk dah =)

aku tampal sticker ni kan, pegi opis trainer aku ushar pelik je kt lappy aku..hihihi =)
aku kan kalau aku bosan ke, sedih ke marah ke atau pape yang berlaku kat aku, aku akan layan je video SNSD..hahahha..diorang sangat adorable..setiap seorang dari diorang tu cantik dan unik..hmm..tak paham kenapa tapi masa aku study sengsorang tengah larut malam diorang la teman aku..hehehe..aku bukan lesby okay, just sangat sukakan diorang..our unnies..tetiba je kan cakap pasal diorang..motip sebenar tak diketahui..hihi..peace    v('_')v

Monday 17 June 2013

150 juta kali cinta

assalamualaikum wbt..

dekat sini ada tak sesapa yang tak pernah bercinta?kalau ada memang aku tabik spring..huhu

tapi aku dulu gatal-gatal kucing gak..mana leh tak bercinta sebab nak jadi remaja..cam sengal ngek je kan..hohoho

hmm..generally berapa kali korang putus cinta?hehehe..aku eh..aku rasa 2 3 kali jugak la..masa kt smkks lain, kat mrsmbp orang lain..sampai la aku masuk ke kolej mara kulim..then aku berjumpa la dengan mr. teddy bear..bukan aku jumpa dia..dia yang jumpa aku <3

mr. teddy bear..die maen ragbi..huhu..tahu tak camna die boleh kenal dengan aku?..aku rasa lawak la..
maaf la kalau sesapa yang baca ni mesti rasa menyampah tahap gaban kan.hahaha..biarla ni kan journal blog aku..suka hati la kan nak cerita apa pun kan..

masa kat kolej mara kulim dulu aku maen netball..ala biasalah..aku suka sukan-sukan nih walaupun tak terer mana.dapat gak la wakil kolej aku ke KAKOM dengan KASUKMA..huhuhu


dijadikan cerita, bebudak ragbi ni diorang maen kat padang bolasepak tepi aje dengan padang kami..padang diorang rosak kot kalau tak silap la kan..uihh..kami memang teruja la kan kalau-kalau dapat cuci mata kan. maybe kengkawan aku semangat training sebab ada diorang dekat sebelah kot..eheh..well..kitorang atau aku macam biasa la main. aku ni terlebih main-main tau. kalau nak diikutkan coach aku yang dipanggil ibu tu garang giler.dia siap tak bagi kami senyum lagi waktu main..aku? aku ni gigi besar..memang senyum 24jam..siap main-main sampai kawan aku main tarik baju dengan aku..hahaha..dia kata aku tk reti duduk diam,hyperactive maybe..ahak

lama-lama masa main, aku perasan setiap kali budak2 ragbi  turun padang kan diorang akan duduk dalam bulatan camtu untuk pakai kasut sambil bersembang kan (nama pun duk ushar kan..hahaha), tapi ada sorang budak ni duduk paling ke arah netball court, setiap hari macam tu..aku pasan dia macam pandang aku kan..aku cakap kat kawan aku..diorang cakap aku perasan..uhuk3..sedih je..tapi lama-lama diorang pun perasan..hahaha

dia mintak tolong orang tengah untuk berkenalan dengan aku..mula-mula aku tak layan pun bila budak tu sampaikan salam dia kat aku..lama-lama dia dapat nombor tepon aku..maka bermulalah episod perkenalan kami..kami start kapel lepas bufday dia..10/10/2008..sekarang dah hampir 5 tahun..hahahaha..cepatnya masa berlalu..

apa yang best eh dengan dia? aku ingat lagi masa dating dulu (tak selalu dating pun..hahaha.aku asyik balik umah je)..masa tu aku keluar dengan dia pegi pacific..kawan aku pun teman aku. masa jalan-jalan aku ternampak belon hello kitty.aku mintak dia belikan..dia belikan lah..pastu masa jalan-jalan sebenarnya aku malu nak pegang, aku suruh dia pegang..dia pegang la sampai balik ke kolej. cuma dalam bus je aku yang pegang..walaupun mulut dia berleter gila bagitau aku yang kawan dia cakap kalau kawan dia mati idup semula pun kawan dia tu takkan tolong bawak belon tuh..hahahaha..tapi my teddy bear still pegang walaupun malu..masa tu aku memang aku dah set mind aku, yang aku akan stay dengan dia sampai bila-bila..hahaha sebab die care pasal aku..aku harap jodoh kami panjang..dia sangat sweet walaupun tak romantik dan tak suka pujuk, tapi ada cara dia yang tersendiri yang buat aku tak tidur malam sebab die.eww..eheh


dia terlalu banyak kelebihan dia kalau nak di'compare'kan dengan aku..dia sangat sukakn budak-budak.akak aku yang cakapla..akak aku cakap penting sifat-sifat macam tu untuk mengasuh anak kita nanti..aww..tetiba dah pasal anak kan .kalau nak diikutkan dia lagi banyak bersabar dengan aku, sebolehnya dia akan cuba buat macam-macam untuk aku..pertolongan dia yang aku paling tak boleh lupa, dia teman aku pergi interview sirim kulim dengan shah alam. kat shah alam dia siap amek cuti untuk temankan aku pergi interview. yang terbaik sekali kan masa interview tu dia tunggu je kat ruang menunggu tak pergi mana-mana pun..dah la berjam-jam..hai sayang mesti penat kan?huhuhu..die penah masak untuk aku- nasik goreng tapi aku tak penah masak untuk dia kot..masak sesama penah, masa dia datang umah abang aku untuk potong sample projek aku, pakai gergaji woo..aku tak mampu..dia la yang buat, pastu kami masak pulak bersama..abang aku tengok tv je..huhuhu

bagi aku dia sangat comel..kelakar siot pun ada..hahahaha..ada satu benda sampai sekarang dia tak nak ngaku kan- die penah garu perut (bawah baju la tapi) kat tengah-tengah ramai orang..aku nampak aku gelak je la kan, die tanya nape aku gelak, aku bagitau dia apa yang aku nampak tapi dia tanak ngaku...hahahaha..lagi la aku gelak...hahahaha..adeii..ada satu lagi, kalau die makan fries kan dia mesti akan sapu kat baju dia..setiap kali dia suap fries ke mulut dia..haih macam budak2 sangat..hihihihi..banyak la benda comel sangat yang dia buat..yang pasti kalau aku cerita kat kawan aku pasal kelaku dia mesti diorang akan gelak, siap diorang dapat bayangkan camna perangai dia..hahaha..dia sedar tak dia memang comel macam teddy bear??hihihi

kalau tanya pasal feveret dia kan, mesti banyak gila..dia suka makan kambing..bagi je pape yang kambing kat dia mesti sakan dia makan, cuma kalau bagi kambing hidup2 kat dia memang tak la kan..lain la kalau dia warewolf..woof woof woof..huuhu.tu la nanti masa kahwin i korbankan pelamin i untuk buatkan you kambing golek ye sayang?(padahal mak memang tak kasi buat pelamin okayy..haahahaha).kalau tanya dia kan nak bela binatang apa kan dia cakap kucing tu mesti, pastu nak bela lizard. ya Allah, yang tu memang aku bangkang habis-habisan sebab aku geli..aku nak binatang yang berbulu je sebab nampak gebus comel kan..pastu dia cakap nak bela anak singa..what??dia kata tak pa kalau singa bela dari kecik besaq-besaq dia kenai tuan dia..gila..memang tak bagi la aku wei..last-last dia cakap nak bela ferret..hahaha..ok lah..pegi la cari kalau jumpa kat malaysia neh..hahaha

comel ke? eyyy..geli aku
alahai comelnye anak singa di google nih..belum tengok betul-betul lagi

ferret..sayang, hope u find it.hahaha

kelakar die banyak sangat..penah aritu, baru-baru ni je kitorang dating, first time (tolak masa aku konvo ritu kan) kami dating dia datang pakai kemeja..wow..aku tengok memang smart la kan..so masa jalan-jalan tu baru aku pasan dia hanya pakai selipar jamban yang buruk tuh..hahahahaaha..dia cakap dia malas nak pakai sneakers..adoila..ingat kan habih segak dah..hahaha..takpe i still love u..kalau nak ikutkan kebiasaan memang dia pakai tshirt je..tapi aku memang suka dia dalam pape keadaan pun...hihihi..payahlah kalau dah sayang ni kan..semua indah..poyo je semua tu..hahaha

hmmm..nanti kalau lambat sangat dia nak mai merisik aku, aku je la yang pegi merisik die..boleh?hahahaha..tengokla dah tahap gaban dah gatai aku nih..kalau mak aku taw aku cakap camni mesti mak aku kejar aku dengan parang keliling kampung..hahahahaha
saya cintakan awakkk..<3

maap.entry penuh jiwang ini ditujukan to my mr. teddy bear a.k.a muhammad afiq

moof::cekgatainakkawensangatni::

<3<3<3
xoxo

Sunday 16 June 2013

baju raya



dah lama gambar ni ada dalam enset aku nih..enset aku nih aku baru dapat daripada mr. teddy bear..die dah beli enset baru..nokia lumia untung la..aku dapat bekas jerh..aku angan2 nak beli note 2..hmm.

aku pernah tanya dia gambar ni baju sape yang punya..dia cakap tak tahu..aku tanya camna boleh ada dalam enset dia..dia cakap tak tahu..adik die yang perempuan pun kecik lagi la jugak dan takkan tetiba diorang nak guna enset dia kan..aku tanya banyak kali kat dia..jawapan dia sama je..tak tahu..sampai gaduh kejap..hmm..last2 aku biar je lah

tapi setiap kali aku nak tengok gambar dalam enset mesti aku nampak gambar ni..aku mesti tertanya balik..nak tanya dia memang tak dak guna pun..dia ingat pompuan ni senang ke ha nak melupakan sesuatu perkara macam  yang diorang selalu buat

aku nak dia jujur je..tak kisah ni baju sesapa pun..just jawab dengan jujur je baju sape kan..sebab bohong sangat tau dia tak tahu pape padahal enset dia..

hmm..aku rasa macam sikit benci tahu..aku tahu dia sayang aku sebab aku nampak apa yang dia buat kat aku dia banyak tolong aku,  ikut cakap aku, buat gambar ak as wallpaper enset die..pftt..tapii..aku cuma nak jawapan..susah ker?

Saturday 15 June 2013

tam ooo tamm

assalamualaikum wbt..aku ada kucing yang bernama tam...tam..

tam merupakan anak angkat ibu kucing aku yang mati tahun lepas..anak angkat? ya..tam aku tak tahu dari mana asal usulnya yang tetiba muncul kat rumah aku, masa tu tam kecik sangat..ibu tompok sangat baik hati sebab ibu tompok yang jaga tam malah turut bagi tam menyusu bersama-sama dengan anak-anak ibu tompok..kalau lah ibu putih yang dulu, memang dia tak kasi can punya..habis dikejar anak kucing tu sampai tercirit-cirit..aku tak bohong sebab aku pernah tengok..so memang aku nak tabik spring la kat ibu tompok nih..hehehe

namun, tahun lepas ibu tompok mati akibat yang tak dikenal pasti..owh..dah hilang sekor 'mouse seeker' yang terer..namun tam jua terer..syabas ibu tompok kerana mengajar tam..anakanak ibu tompok yang lain mati masa kecik cuma sekor lagi yang bernama puteh  ada bersama abang aku yang baru saja kematian/kehilangan kucingnya yang bernama putera..

tam dah dua kali beranak..anak-anaknya yang pertama mati masa  kecil..maybe sebab ada penyakit..anak-anak tam tak comel sangat kalau nak dibandingkan dengan anak ibu tompok dan putih dulu..barangkali tam tak pandai cari jantan..ehehe..tetiba kau! anak tam semua itam putih dan hanya tahu berak didalam rumah sahaja dan suka tidur di atas tilam..melampau!

namun sekarang tam sudah beranak untuk kali yang kedua..anaknya hitam putih jugak..'adakah dengan si jantan yang sama?'..tapi..

yang paling menyakitkan hati aku adalah sebab dia beranak dalam almari kain aku..ewah ewah tam nihhhh!..almari kain aku tu aku bawak balik dari masa aku duduk U dulu..aku tak beli almari kayu lagi sebab aku nak pindah bilik, ini hanya bilik sementara sahaja..tapi tam tak berhak nak rampas almari aku yang penuh dengan kain baju aku..tidakkkk!! patut dulu aku buang je tam kat umah orang lain tapi mak aku tak bagi sebab die terer tangkap tikus..heeeeee..dah lah tak pandai ajar anak dia berak kat luar..nyampah betol aku..

patut la masa aku tengok die tu tetiba je perut die dah landut, aku tanya la dia kat mana dia beranak, dia buat bodo je pastu dia tengok aku lama-lama..aku tanya dia banyak kali pun dia buat menda yang sama..patutla die selalu lepak kat pintu bilik aku dari sebelum die beranak lagi..die dah lama ushar port sinih..kuangjaq betoi la..pegi la beranak belakang alamari ke tak pe la jugak..adoiii

eleh...tengok tuh..dah la tumpang almari orang..marah kat orang pulak
tengok la kaler anak die..itam putih..genetik mak die kuat sangat
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing hitam,
dua tiga lagi aku takkan cari,
tambahtambah mcam si tam kelam.

i redha je..i akan tengoktengokkan anak u tuh..hii..sabor je la

Friday 14 June 2013

siapakah yang bersalah??

assalamualaikum..

aku sangat malas nak tulis blog sendiri, namun aku sangat suka baca blog orang lain..setiap hari mesti aku akan baca tiga blog itu..kalau diorang tak update aku akan baca blog sesiapa je..hehehehe..nape eh??

aku tulis blog ni bila perasaan aku tak normal je kot..aku rasa la..aku maksudkan bila aku terlampau happy ke, sedih ke, menyampah ke ataupun bosan..hahaha

sekarang ni pun aku gilas baca blog-blog yang buat DIY projek KAHWIN..hehehehe..aku pun tak tahu nape la aku kemaruk sangat nak cari pasal benda alah tuh..nak kata nak kahwin tak dak sapa pun nak ajak aku kahwin..sape? mr.teddy bear? tak payahlah cakap pasal dia..eheh..emo jap..entah la dia tu..tak ajak kahwin pun.. =(

weh muda lagi la..

hmmm...mood aku nak tulis blog ni sekarang adalah mood menyampah..padahal aku dah menyampah 2hari lepas lagi..aku nak la tulis kat blog nih tapi asal baring je atas katil terus terlelap sampi pagi..hai..penat pelik ngat aihhh..uhuh

ada sapa-sapa tengok berita tak? kat penang ni semalam ada ribut..ada kawasan yang teruk and yang tak teruk..macam aku, aku tak rasa pun angin ribut tapi masa aku balik memang banyak la dahan patah-patah di pokok kat tepi jalan tu..kat tengah-tengah jalan highway pulak memang bergelimpangan la ranting-ranting, siap pelepah nyiur bagai..padahal aku aku tak nampak pulak pokok nyiur yang ada berhampiran situ..dekat tepi bendang tepi highway lagi la..papan iklan terbalik..besar gak tu..mesti kuat gila kan angin ribut tu..Alhamdulillah lah aku tak ada kat situ waktu tu..banyak gak la kawasan yang teruk..antaranya..



gambar-gambar ni diambil kat jalan mancalister..heii..FAIL kau eja..SORI!!heheh

aku rasa ribut-ribut ni balasan jugak la kat kita-kita ni..sebab pe aku cakap macam tu? sebab perkara yang terang-terangan tak elok atau buruk berlaku depan mata kita, kita tak berani nak tegur..kita selalu biarkan..aku pun rasa insaf jugak..

macam sehari sebelum ribut tu berlaku, macam biasa aku balik keje, nak pergi ke car park, macam biasa la nak maghrib dah tapi ada jugak la bebudak yang melepak kat tembok tepi tu, kali ni aku pelik la tengok 3 4 budak kat situ..aku ushar la kan..

ada sorang perempuan berdiri membelakangkan perempuan yang duduk dekat tembok tu, aku tengok tangan budak yang duduk atas tembok tu dalam baju budak yang berdiri tuh..terselak la jugak baju budak tu..rupa-rupanya budak perempuan tu betulkan kancing 'bra' a.k.a baju dalam budak sorang lagi..haihh..memang sial sengal betul la..betul-betul kat public kau tau padahal toilet tak jauh pun. and the worst ever, boypren budak yang duduk kat tembok tu pulak duduk bebetul  sebelah budak tu sambil tengok awek die betulkan bra sambil isap rokok pulak tu..aku ushar lama gak, pastu diorang tengok aku, aku cepat-cepat blah la..aku hairan, kenapa aku yang nak takut?bukan aku yang salah..kenapa tak dak orang lain yang tegur? ada je pakcik, orang yang lebih tua kat situ tak tegur pun..kita tak dak hak ke?

haritu pun aku nak melintas jalan ke car park jugak, ada la girl ni bawak keta sambil hisap rokok, pakai tudung pulak tuh..eiiiiii..rasa macam nak pancitkan je tayar keta dia..pastu sumbat la pape dalam ekzos keta dia tu biar meletop..hahaha asbestos kau..dah la bawak macam pelesit..bajet dah cukup hebat ke ha??memang patut la semua merasa penangan ribut ni sebab tak dak sapa nak berani mencegah benda-benda yang mengundang bencana ni..hai marah dah la nih..
memang la aku pun ada ja yang tak cukup adab tapi tu la yang penting, TEGUR-MENEGUR..kalau aku salah kau tegur, kau salah aku tegurla..barulah jadi AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR! yeye je aku ni kan..

ini peringatan untuk diri aku dan sahabat-sahabat di luar sana, jangan lah kita tergolong dalam golongan yang nabi kita dah beritahu kat kita:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

tapi jadilah kita:

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

marilah kita sama-sama renungkan..in shaa Allah =')

Monday 10 June 2013

i miss him =(

pen merah pen biru
you marah, i love you <3

i taw u tak marah pun.saje jer gedikk..maap maap maap!

mata sembab derr..keje tido lewat tiap-tiap malam =)

dah pukul 9 malam dah..tapi sekarang aku get ready untuk pegi kelas insurans..uwarghhh..akak aku yang paksa..

i miss who??ofkos him larh..my mr.teddy bear..rini jiran sebelah die meninggal petang tadi..kat rumah dia takde sape..mak ayah die pegi london..so die la yang sibuk uruskan hal perihal jiran dia tu..tak pe lah..bagusla pentingkan hubungan antara masyarakat..lebih-lebih lagi sesama saudara seislam..takziah buat jirannya sekeluarga..

aku da nak kena pegi nih..bye =)

Saturday 8 June 2013

dietku kelaut-kau sangat kejam 'lapar' =(

assalamualaikum w.b.t..

ala..cam bese..kite nak bagi pantun aww (#sila baca dalam nada gedik)

ayam kampung bukan spesis itik,
itik suka berjalan terkedek-kedek,
laparku melambung hatiku berdetik,
sambil makan-makan blogku hupdate;

ceh..sengal betol pantun...

uwaaaa...aku baru pas makan nasik, mula-mula tu ambek sesenduk je..pastu lapar lagik je rase..rasa macam sangat bez makan ikan bilis liat tu..eheh..alasan..

tengah-tengah aku tambah nasik tu mai la pulak emak aku..haihhh..time tu jugak la dia nak mai dapur pun..adoi..dia senyum sambil berkata

'haih nurul..tambah lagi??(aku amek sikit je tadi )..heh..tu la mak dah kata dah..makan nasik hang takmau, mak bukan marah hang makan banyak, tapi hang kata nak diet, aritu hang diet tak mau makan nasik, mak suruh makan nasik jugak..laa ni hang tengok, bila hang start makan nasik balik bertambah-tambah pulak makan'

aku pernah cakap kan aku nak diet carbohydrate, only protein intake je..baru turun mendadak sikit dan sihat..tapi tu la..aku kantoi lepas pegi picnic itu hari..dah sape suruh ajak aku pegi picnic..takkan nak makan lauk aje, dengan tomyam ada, ayam masak merah ada bagai..yang orang lain makan nasik bertambah-tambah, aku dah la baru naik dari laut kot..lapar doh, perut dah jamming abeh dah kat dalam macam ada persembahan the beatles tau..memang nasik la aku lahap...lepas dah kantoi aku malas nak setat lagi diet sebab aku nak muhasabah diri jap bagi aku betul-betul kaw-kaw berdisiplin nak diet..wuwuwuwuw..entah la  bulan pose bole diet ke tidak, takut lagi banyak engkau melantak nanti!!arghhhh..tensen ceq

tadi aku pegi kenduri kawan aku, pakai la baju kurung pahang tu..masa aku baru abeh belajar  tahun lepas memang kain die tersekat sikit kat bahagian peha..bila duduk selisih die tu tekan sakit gak peha..pastu dah setat keje baju tu elok pulak aku pakai..tapi tadi aku pakai..haihh..pehal macam tak selesa nih..tapi tak macam masa baru abeh belajar tu la..dah setat risau sekarang..

pehh..dah tau risau bole pulak tambah nasik ehh???

tadi lepas makan pegi bilik mak aku jap..diorang tengok tv cerekarama..aku tanya la mak aku cerita apa?tau mak aku jawab ape??

'tak tahulah..hah, nurul..esok lepas subuh jogging tau..takpun pegi bersenam..bangun tidur awal!'

hek elehh..mak aku ni tak habeh-habel lagi??huwaaa..aku kena diet bebetul weh.. =(

p/s: ada sorang tu tanya aku bila nak update blog aku..hahahaha.. tengs tau! =)

Thursday 6 June 2013

Acaner tu Nuyun??


assalamualaikum w.b.t

tadi tengok forum perdana ada ustaz Don Daniyel..kikiki..mantopp ustaz tuh..aku suka..apsal tak letak die sorang je eh..tak puas tengok dia bagi ceramah tadi..tensen adik tauu..hmm

macam-macam yang aku pikir neh..sebenarnye acaner nak join segmen blogger diorang tapi yang berkaitan dengan 'backlink bagai'..da la first time nak join diorang takde tutorial nak join camne pulak..hahahaha..dasar buta IT kau jemmah!


butt..in conclusion i juz do it in my own way..kahkahkah..tahukah mereka? yang iolls nak join segmen nihhh..hehehe

maafkan diriku adik

assalamualaikum..sebak rasa di dada..aku menangis..wuwuwuwww~

tapi izinkan aku berpantun sebentar

makan ciku bersama apan dibangku
bangku silang tempatnya jauh berbatu
maafkan diriku ampunkan salahku
adikku sayang kau tetap adikku yang satu

kenapa aku nak menangis??..aku selau macam ni..dah buat baru nak sesal..padahal aku selalu tahu, die yang selalu aku hamburkan kemarahanku, dialah yang selalu makan maki aku..tapi lepas dah terlepas cakap baru aku tersedar..baru aku menyesal..nak mintak maaf mestilah aku malu..ego aku tinggi melangit! aku memang bangang. ..

memang marah normal..kenapa aku marah dia sangat-sangat?dia selalu tak dengar aku cakap..pergerakan dia lambat, kerja yang disuruh buat memang tak pernah cepat, pernah aritu aku lapar, aku suruh dia pergi beli nasik goreng pataya..tahu-tahu dia bawak balik nasik paprik..tak goreng pun nasik dia..suruh pegi beli nescafe ais bawak balik milo ais..agaknya suara aku memang tak tembus telinga dia..banyak lagi perangai  dia yang aku hangin..tapi aku lupa..dia remaja..aku jugak pernah remaja..kenapa aku cepat sangat menghukum dia..

macam tadi..aku baru lepas mandi, baru balik kerja, rushing mandi and masuk bilik nak sembahyang maghrib..adik aku?dia ralit bermain laptop aku..aku suruh dia keluar bilik tapi dia hanya bergerak sedepa untuk bagi ruang untuk aku solat.dia terus bermain laptop..mulut aku memang mulut enjin kubotta..bising dan tak berhenti berleter..adikku tu dah hampir dua minggu cuti sekolah tak pernah nampak dia belajar..aku memang selalu suruh dia belajar..tapi itulah..aku cakap ibarat ke daun keladi..aku nak dia paham kitorang bukan orang senang..at least belajar and pikirla masa depan nak kerja nak hidup macam mana.takkan selamanya kita nak susahkan mak ayah..aku geram..aku cakap..

'adik..hang pergi la pelajar..awat?hang nak perabih duit mak ayah macam tu ja ke?tunggu diorang takde boleh perabih harta mak ayah sorang2 kat hang, tak payah pikiaq masa depan dah?'

MasyaAllah..aku memang over/melampau cakap macam tu..apa adik aku paham??dia masih muda! perasaan tanggungjawab pasti akan datang jugak..aku betol-betol kesal..adik aku maybe sentap..die senyap and keluar bilik pegi baca komik dan bukak lagu '1234' dan lagu tu diulang..aku rasa bersalah, and aku menangis..kesian kat dia..aku paham aku dulu macam tu jugak cuma sebab dia lelaki sebab tu lah dia lagi liat..

padahal, aku memang rasakan adik aku paling baik orangnya tahu tak..memang dia ada lakukan tanggungjawabnya..dia paham aku, dia cepat je lupakan ape yang aku buat kat dia..dia tak penah merajuk dengan aku..perkara yang aku tak boleh lupa sampai mati adalah masa aku form 5..masa tu adik aku 10 tahun..tetiba malam tu ada kumbang besar masuk kedalam telinga aku, gigit dalam telinga aku..memang hazab sakit dia..aku meronta kot, masa tu dah pukul 3 pagi (akibat tengok rancangan raya) ayah aku bawak pegi klinik adik aku ikut jugak..dalam kereta memang aku macam orang gila..kaki meronta abis..asal menatang tu gigit je gegendang aku, aku mesti akan cubit tangan adik aku..cubitan aku memang 360darjah..aku memang sakit gila waktu tuh..tapi adik aku? 
'akak..sabar akak..satgi sampai la kat klinik'
banyak kali die tenangkan aku, banyak kali jugak aku cubit dia..dia memang cakap sakit tapi dia tak tarik pun tangan dia, biar aje aku cubit..wuwuwuwww (nangeh jap..sob sob sob)

masa mandi pantai pun, diorang suka mandi kat ombak laju and tinggi..aku gatal ikut..huhu..tapi adik aku la yang pegang tangan aku..dia yang jaga aku..banyak lagi benda baik dia buat..dia ada kesedaran untuk tanggungjawabnya..tapi bukan dalam semua perkara..aku lah yang patut paham proses kematangannya..ya Allah berdosanya aku ='(

harap adik lupakan kesalahan akak ye

salam keramat berpindah bila bertemu,
sudah bertemu ajak singgah ke rumah abu,
Muhamad Yusof Qardawi seindah namamu,
jadilah orang berilmu, banggakanlah ayah dan ibu.

Tuesday 4 June 2013

family trip part II~~weeee~

Assalamulaikum w.b.t..

hantu pocong melompat merata-rata,
tini terkezut lari mencari bomba,
aritu part 1 sudah kucerita,
kini part 2 yang dinanti telah tiba. 
(pantun hengkau kann..pliz clap bebeh T__T )

pergh..kemaih gila hasil seni aku..buwekk..dah la takde sape yang menanti pun, tapi poyo je aku nak letak dinanti..takpe la, takde orang nak menanti pun aku akan tetap cerita..ehehe

hahahaha..back to da point, dua tempat je kami sempat pergi..bukit bendera dengan batu ferringhi je..ye la, da la keluar pun pukul 11pagi ingat sempat nak pergi merata-rata ke?huhuh


mum, u r super sporting!

alololo..khalisyah didukungan izati..diorang sepupu

eh..tunggu aku ker?nak balik dah?

jap la..tengokla pemandangan dulu

khalisyah..cuba pose vogeh macam maksu nih..plizz

yelah yelah jom balik..weh tunggu aku weh!

okeyh..honestly takde pape sangat pun kat atas tuh..orang cuma tengok pemandangan and nak naik ketapi jer..orang lain naik lebih kurang 15minit je terus turun. kitorang je yang pegi sana sampai berberlas jam..ok melampau kau..tak de lah cuma hampir 2 jam je..ramai weh atas tuh..besela school holiday..aiyaa

dah turun and selamat naik kereta mulalah perjalanan ke teluk bahang..but but singgah masjid dulu menunaikan solat zohor..and..
ahakz..terus tukar baju nak mandi..tak sabor dah nih..hehehe

tapi kan tau tak hazab nak ke teluk bahang camne? ya Allah punyalah bengkang-bengkok jalannya pun..dah la first time aku bawak keta di jalan yang thrill camtu..bekas-bekas makanan kat belakang memang tunggang langgang dah..bunyik pun memang dah macam pancaragam kat parade dah..hahahaha..melampau kan..

hah..nampak tak selekoh tajam depan tuh?

berlipat-lipat taw stereng aku pulas sampai tangan aku sendiri terlipat..huhuhu
adala dalam lebih 20 selekoh tajam yang terpaksa ditempuhi..tangan aku pun dah kebas jadi..aku rasa kalau lagi banyak selekoh, mungkin stereng aku keluar api kot sebab geseran tangan aku ngan stereng...hahahahaha..merapu betol..tapi kan ada yang lagi sadis. dah sampai teluk bahang akak-akak aku berkumpul kat tepi jalan, diorang tak tahu mandi pantai mana kat teluk bahang nih...caissss!!..last-last pegi pulak ke pantai batu feringhi..haihh..jalan lagi..bila boleh mandi ni woih?anak sedara aku semua dah mengamuk sebab tak sampai-sampai lagi...hahahahaa sabor je la


dah sampai pantai solat asar pastu terus terjun ke air..keceburrrr (macam tu eh bunyik orang terjun air?)..masa mandi memang tak hengat dah nak bergambar kau..maybe ada gambar kat akak-akak aku..ahh..malas la nak kesah..memang bez mandi dengan adik aku semua ni..aku pun dah banyak kali hapus/tenggelam dengan ombak pantai..ye la makin petang kan air pasang, ombak tinggi-tinggi kot..tapi hati kering je semua...hehehehe

sesi mengemas..dah gelap baru reti nak balik...eheh

tengok ar cik siti tu..pakai kain batik je sebab seluar bawak satu je, die bajet  die tanak mandi..tah pape
pastu singgah masjid terapung dulu untuk solat maghrib sebelum bertolak pulang


aku dah tak mampu untuk masuk ke dalam gambar sebab aku super selebet waktu tu..nyihihihi
kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi

hahahahaha..nak jumpa dengan sapa?

-TAMAT-

Sunday 2 June 2013

~~family on holiday~~part 1

helloooooo

ceq nak cerita nih

lai2~~

tak selalu family aku nak buat family trip nih..huhuhu..bukan ape, sebab satu, family besar ni memang susah kalau berkumpul nak ada semua sekali, dua, takde sape pun rajin nak bukak cadangan nak pegi ke mana apa semua, ketiga, macam sebelum ni akak-akak aku agak sibuk menguruskan perihal anak-anak dengan tuisyen dan sebagainya..

so khamis minggu lepas kami pergi jalan-jalan makan angin di sekitar pulau pinang sahaja..hanya 4 orang je adik beradik aku yang terlibat, yang lain kerja..aku dengan kak kin aku amek cuti..lagi dua orang tu cikgu takpe la kan..ceh..sesuka hati je nak pegi tanak ikut time kami nih..

dah la aku tak tahu satu benda pun perancangan diorang tu kan, tahu-tahu je anak sedara aku yang bagitau rupa-rupanya tok diorang yang ajak pegi teluk bahang untuk berkelah di pantai..

tiba hari yang dinanti tu kan, hanya budak2 kecik je yang bagun awal (hahahaha..besala diorang excited lebih)..yang tua ni mesti la banyak kerenah bangun lambat, mandi pun lambat beserta dengan lama lagi (aku la tuh..hahahahha..bangun tido empat kali kot, tupun tiga kali kena jerkah bangun..hahahhaha)..last2 dah siap pakai baju tshirt dengan seluar selebet je lakan..ye la kata nak pegi mandi pantai..alih2 kak kin aku tanya 'hangpa nak pi bejalan pakai baju selekeh ja ka?'...aku heran la, aku pun cakap la 'laa..pakai siap2 la, satgi bole terus terjun'..kak kin 'haih..kita pegi bukit bendera dulu laaa'..lorh..terus pakat2 tukar baju, aku cari baju yang bole sarung instance jerh,,tak payah iron2 and kedut2..

haha..dress itam, cardigan n pashmina..semua tak kedut kan, direct dari lipatan
oyyeahh..keep being poyos--hazardous

meet wit ma dad..rock still bebeh

miqdad, iman and udak ucop..eww..band boys..ada lagi gambar diorang beraksi, macam gay doh..tak sanggup nak upload

yang depan tu penaja besaq..kak yam..berjalanan ke kaunter tiket

khalila and her dad..berlagak tanak berjalan denga maksu..wuwuwwuw~

datin doyah and me...i salute u mom!

while waiting for a tickets..poyos sekejapan

yeah..baru setengah rombongan

ecah..chinese looking kot tapi kecik2 macam budak jepun..hahahaha

excited la kak kin..die yang nak sangat pegi bukit bendera

kitorang grup awal yang masuk..hahahaha

cian ayah..penat berjalan

jeng jeng jengggg..kamil yaw!

nampak tak belakang?..angin kat atas sini sejuk gak la..tapi matahari atas pala

kena bayaq singgit untuk seminit..ceitt!..cekik darah betoi

alorhh..awat tutup mata mak??

banyak lagi aku nak kongsi dekat sini..to be continued.....lalalalalaa~~