Saturday 27 July 2013

ramadhan 19- sape dah beli baju raya?

Assalamualaikum diariku..

sekarang orang cerita pasal nak raya la pulak, tinggal seminggu lebeih je nak raya tapi sekarang ni yang penting ramadhan peringkat kita kena FIGHT untuk dapatkan pahala, kalau tidak rugi menyesal..alahai..dah tiga hari aku tinggalkan terawikh campur dengan tak sihat plus nak teman akak bershopping raya.

haah..semalam aku gi teman akak aku la ngan family die kononnya nak beli baju raya ke apa ke kan..tapi hanya pegi jenjalan je. sebabnya tahu tak kenapa?bukak posa semalam abang mijan n family, kak kin n family, kak mayah n family berbuka kat rumah aku..haihhh kalau berbuka ramai-ramai nih memang makan berbuka jadi lama pakat-pakat nak bersembang and maghrib pun dah nak ujung-ujung..bukan aku la diorang tu ha....ahahx

dah semayang sume kak kin aku tanya aku ada tak cerita hantu siam kelakar tuh? cite pee mak..aku pun bukak la layan reramai kan..mak aku gi terawikh, aku tak pegi sebab jap lagi nak teman kak mayah gi shopping, bese lew anak kecik-kecik lagi..tak larat nak kepung la kan..dah tengok tuh, kak hasni isteri abang mijan tutup mata pakai teddy bear..hahaha penakut rupanya, tapi tak habeh tengok pun sebab kak mayah aku ajak keluar dah and kena antar kak kin balik umah die dulu gak sebab suami dia kena berbuka puasa kat masjid kampung die. tu lah die pun nak kete lahai anak kecik berderet gak..susah la die nak bawak keta kan.

dah antar kak kin pun dah nak dekat pukul 10 malam dah pastu nak gerak pegi carefour pulak sampai je dah nak dekat pukul 11 malam dah..orang dah nak tutup kedai la nak cari pe lagi dah..tak jadi pegi la ke lain. then kitorang pegi la ke rnr bagan ajam kan sebab kat situ ada ekspo reraya jugak plus akak azah ada kat sana duk meniaga hai-o..dia tu pun satu gak gigih gila meniaga padahal die cikgu tuh, gaji pun sedap gak tapi tula minat meniaga punya pasal plus nak cari duit banyak macam tu la kan gayanya, aku pun dipaksanya meniaga kat situ tapi aku tak kuasa la nak pegi sebab aku dah la malam jauh pulak and aku kena gi sengsorang. takut aku, die tak pe lah pegi dengan laki die kira selamat la sikit kan and lagipun die da paksa aku pegi meniaga dengan die tiap-tiap hari ahad lagi..cukup la tak kuasa aku..hiii..aku yang miskin tak de duit ni pulak yang malas nak cari duit kan..aptb'

kat situ memang banyak la orang meniaga baju tudung mainan lampu raya sampai ke haiwan peliharaan pun ada. booth akak aku tu depan pentas orang karaokae bagai, aku bingit tak suka situ..huhu..ada orang kesah pasal kau tikah?huhuhu ramai gak la orang kat situ tapi takde la jalan macam semut kan..oleh sebab terlampau banyak sangat baju dan tudung sume aku sampai tak lalu nak tengok..entahlah nape peel aku sekarang, bazar ramadhan tak suka pegi ekspo raya pun tak suka pegi jugak..aku sekarang tak kuasa nak melayan ramai sangat orang kat keliling..huhuhu

kat sini pun kAk mayah tak beli pape pun maybe die pun macam aku kot..huhu..tapi beli la jugak sepasang baju tshirt and seluar dekat mardina..sangat baju barney and friends tuh..kaler die pin campur turqoise sanagt cantik, sampaikan aku sendirik pun tergoda tapi takde pulak size besar. kalau la ada dah awal-awal lagi aku dah rembat. heran aku kenapa diorang tak buat baju comel camtu untuk size dewasa eh? aku nak gak cecomel camtu..aritu aku dah pegi test selipar barbie kat kedai tuh..aku tengok macam padan je kan pakai-pakai cukup muat sangat..duk beli ke taknak kang beli kaki aku mesti makan pasir punya..selipar kan orang memang selalu pakai besor sikit dari kaki kan?hehehehe..tak tahu malu betul aku nih =_='

balik umah sampai dekat umah dah dekat pukul satu, balik je terus rendam panadol soluble yang aku dekat stesen minyak tadi..aku selsema tak meleleh lagi tapi dah memang tak bernyawa aku ni tu aku telan jugak la panadol tu kan..hahahaha...mesej ngan abang mr. teddy bear tu tak sempat nak wish gudnite aku dah tenggelam kelam dah..huk3..cedeyh cangat..aww gediks! lahai..dadadadaa

Friday 26 July 2013

ramadhan 18- sabtu-duduk sahaja

Assalamualaikum w.b.t

hari ini nuyun demam and selsema..mak dah bising suruh kemas umah untuk raya..tapi nuyun tak larat sangat..sakit habih bahagian sendi-sendi..ni tengahari nak suruh kemas atas rumah pulak..ahhh..mesti panas giler kat atas tuh..kang double sakit pulak nuyun..uhuk3

dari semalam lagi dah berazam untuk jadi rajin..nak kemas rumah sungguh-sungguh tapi tu la...nuyun kalau tak de feel ni nuyun malas sangat nak buat..tambah-tambah nak kemas rumah untuk hari raya mesti la kena feel suasana raya nye kan..dah awal lagi mana ada feelnya..betol tak..

bulan puasa ni kan perut pun meragam..time makan berbuka makan tak banyak mana tapi perut dah kenyang sangat pasty nanti time terawikh mesti terasa perut berkeroncong sangat tapi tak lapar..tah lah maybe angin tak kuar dari perut kot..lahaiii

Thursday 25 July 2013

entry saja-saja

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dapat bersahur dengan sempurna bersama mak ayah bersantap dengan juadah nasi dengan telur goreng sahaja. tapi tetap lazat dan memuaskan.sangat suka telur goreng.tetiba!

Alhamdulillah hari ini dah masuk ke-17 ramadhan. kita di fasa-fasa untuk meningkatkan amalan di mana fasa kedua kita diberi pengampunan dan tak lama lagi fasa ketiga semua pintu-pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup. oleh itu ayuh kita bersama-sama merebut peluang keemasan ini.

di pagi yang hening ni, aku sengaja rajin nak berblog padahal blog dah lama aku tak update..ahahaaha..wei tahu tak sebenarnya aku tak tidur dari semalam lagi nih. nasib baik la penang hari cuti nuzul alquran.. malam tadi aku pegi ke majlis buka puasa Hai-O juru pastu ada talking-talking dari abang lan si jutawan tuh..lam kul 11.30 gak la baru nak abeh..pastu pegi anta kawan aku dulu kat perda pastu otw balik umah aku je dah pukul 12 a.m dah..tapi balik steady ja sebab bulan puasa kan..tak takut lansung..hahaha..merasa rahmat sungguh bulan ramadhan ni kan..padahal kalau hari biasa aku mesti bawak laju punya tak tengok luar cermin tepi-tepi dah pandang depan je, pastu bukak radio IKIM kuat-kuat..ikim tengah-tengah malam ada siaran bacaan alquran sambil tahan napas bila lalu jalan tak ada lampu jalan..hihihi..tapi aku tak selalu la balik lambat. balik lambat pun sebab hal orang lain..sadis tak?ha?

dah balik tak rasa pulak mengantuk, layan anime naruto jap pastu lam pukul 3.30 pagi gi mandi..tak rasa sejuk pun.pastu aku masak nasik..bajet macam rajin kan..hihihi..bukan ape mak aku kalau bangun dia akan pegi semayang sunat dulu semua, and sebelum ni nasik dah masak malam then perangat je sahur tuh. ni agaknya sebab semalam aku dengan adik aku tak berbuka kat umah so mak aku malas nak masak pape la kot. masak yang simple-simple asal dia dengan ayah aku dapat makan.

pas bersahur pulak mak aku mesti terkejor-kejor mandi then nak pegi surau untuk subuh dengan tadarus, biasala hari cuti senang la die nak pegi surau tinggalkan ayah aku kat aku..ayah aku tuh sakit tapi tak tahu sakit apa..nak jalan tak larat segala pergerakan lambat bagai nak kata strok ke minor strok ke doktor pun tak tahu nak clarify macam mana..hahaha..so lepas ayah aku sahur aku tarik ayah aku pegi bilik air..biarkan die mandi sorang-sorang..hihihi..ayah aku bole buat semua tu sendiri cuma terbatas waktu je. oleh sebab tadi subuh pun masih awal aku biarkan je ayah mandi sengsorang kalau tidak tolong mandikan je la sebab nak kejar subuh kan.pas siap mandi tarik ayah bagi pakai baju semua biar die kat kerusi semayang then biar je nanti die gerak la gi mana slow-slow. aku pulak gi semayang subuh then habiskan bacaan al-quran and khatam..eleh padahal tinggal surah-surah lazim je pun..bacaan dari sebelum puasa lagi yang kemain lambat nak habis. pastu dok berblog walking blog orang. aku sangat suka baca blog orang..rajin diorang update blog aku pulak rajin update baca blog diorang padahal blog aku ke laut..hahahaha

oleh sebab hari ini cuti, agak-agak ape aktiviti aku jap lagi eh? aku rasa kan..
1. aku nak bawak cerek elktrik tu ke kedai elktrik yang kami beli aritu..cipan betoi cerek tu menyebabkan semua extension aku loose fius/button and salah satu lubang soket akan terbakar..caiss kesian cipan..huhuhu
2. aku rasa mak aku mesti akan start suruh mengemas rumah memandangkan lagi nak 2 minggu je umat islam akan menyambut hari raya. haih aku rasa sangat hazab nak kemas rumah aku sebab rumah aku kan rumah kampung dah tu sangat besar ada atas bawah nak kemas bilik bagai nanti anak cucu nak balik nanti nak tidur dalam bilik then dengan banyak benda-benda dalam rumah ni yang aku tak tahu berguna ke tidak ke nak buang ke hape and kadang-kadang tak tahu siapa tuan punya barang. Hah! amek sekali tulis tak dak noktah..begitu lah apabila kekusutan melanda..tulisan yang ditulis ibarat ledakan jiwa yang bertempiaran.. perghh hahaha.tah pape

i think better me take a nap sebentar sebelum dikerah menjadi pekerja buruh jap lagi. begini la yang terjadi kalau aku sorang je anak yang tinggal kat rumah..semua urusan rumah diserahkan padaku..Arghhh! tapi tak pe aku akan lakukan yang terbaik. Aja Aja FighTING!!

Thursday 18 July 2013

usah bicarakan payung emas, kerana aku tidak sesuci khadijah atau fatimah

Assalamualaikum w.b.t

ala kan betol pepatah orang tua-tua ni kan 'manakan ada pokok bergoyang kalau tak dak angin' ..main belasah je aku keluarkan fatwa pepatah ni kan..tak tahu susunan yang betul macam mana..hahahaha

cite pasal artis tu la, bukan nak bergosip sebab dari semalam lagi kawan aku dah cerita kat aku. hek eleh aku pun dah tak heran pun pasal artis tu pun sebab khabar angin pasal die dah lama..tup-tup betul.

aku kecoh harini sebab sayu je baca puisi isteri artis tuh..

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

hmm..aku doakan dayana beribu-ribu kebahagiaan datang kepadanya selepas ni..moga-moga beliau tabah dan menjadi muslimat yang betul-betul memahami syariat agama yang tidak menghalang isu berpoligami. tapi harap dayana tahu kalau nak buat perbandingan dayana jauh lebih hebat dari si isteri kedua tu..seorang doktor, anak yang terdidik di bawah linkungan dakwah, cerdik and banyak lagi pun..semua tu kan rezeki masing-masing.

untuk asyraf muslim dan pasangan barunya..hmmm semoga berkekalan dan bahagia.
bye!

Wednesday 17 July 2013

nak cantik perlu sakit?

assalamualaikum w.b.t

ni semalam punya ni tapi baru harini aku nak cerita..kih kih kih..
btw aku cuti keje arini sebab nak bawak mak comel aku tuh gi klinik gigi nak buat gigi palsu. cian la hai kat dia da la posa nak makan lak tak lalu dan laju..gigi bawah tak dak..tah camna tah gigi mak bole terhempas ke lantai lalu patah. ehehe bakunya!

firstly aku nak mintak maaf kalau nanti orang akan tertanya- tanya kenapa la keja aku tengok youtube je kan..hahaha..tu nak buat macam mana sebabnya memang aku tak dak keja pun kat opis tuh..sampai ke bos-bos aku pun layan youtube je.ehek

ni ha semalam aku tengok tutorial mekap, dah tak tau nak tengok apa kan sampai ke mekap aku layan nanti free lagi aku nak tengok tutorial mekap dengan selendang raya. ohoii melampau nya..

video yang aku cari pembedahan plastik melalui mekap, ala mekap korea la kan yang semua muka macam sama ja pastu flawless yaw. dalam duk cari-cari video tuh kawan aku terjumpa rancangan korea yang memang untuk pembedahan plastik punya - 'LET ME IN' la kot kalau aku tak silap kan. ngeri jugak aku tengok video die. tak dak la diorang tunjuk video bedah tu terang-terang tapi ada la sikit walaupun diblur-blur kan kita masih boleh nampak dokter- dokter tu buat apa siap ada bunyik mesin lagik..haiyak!

rancangan ni macam rancangan reality gak la, contoh kan sorang ni ada masalah kat muka dia, macam rahang lari ke apa ke, die akan gi kat pentas tu cite kat depan hos-hos rancangan tu kan, pastu kat belakang skrin tu ada barisan plastic surgeon yang jadi juri la nak tengok kes tu berat ke tidak, kalau diorang rasa nak amek diorang amikla kes tuh, pastu budak sorang tu akan bawak ke klinik bedah tu sume, then budak tu akan duduk kat satu tempat sampai sume proses bedah siap sampai la 70 hari, sebarang cermin kat rumah tu akan ditutup. cukup 70 hari budak tu datang pentas studio tu die akan dimekap dan dipakaikan baju yang cantik-cantik then di bawak ke pentas. budak tu tak tahu pun muka dia camna taw, bile die datang pentas je die pelik nape ramai terkejut, bila die sendiri yang tengok die sendiri yang terkejut..huhuhu.. nak link die? ni AKU BAGI! 

ada sorang makcik akak tu kan beranak dua dah, ada masalah badan plus dengan laki dia tak suka la kot (ACTUALLY RANCANGAN TU TAKDE ENGLISH SUB, AKU MEN BANTAI TENGOK BAJET PAHAM KOREA..hehe) lepas die bedah kan anak die yang sulung je yang bole terima die sebab kenal kot, yang kedua tak mau kat die sebab tak kenal mak die dah..hahaha..kesian, budak kecik mana tahu ye dak..tapi aku bole rasa la sakit gila kot..pas bedah tu diorang terus bawak keluar pakai usung kerusi roda je, muka macam mummy..sampai katil sumbat wayar ke mulut kot, saluran tu penuh darah je..EWW!



aku tak berani nak tengok lebih-lebih dah takut tak bole berbukak lak aku..

Monday 15 July 2013

awak tahu hari ni hari selasa..dah seminggu kite pose~bukan perli ehehe

Assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan kawan-kawan sayang..

huhu..dah seminggu rupanya kita berpuasa..tapi..nuyun tak official lagi puasa..esok mungkin my 1st official fasting day..hehehe..harap-harap tak paham ye..

tapi aktiviti di opis di bulan puasa amatlah lemau..adoii..buat aktiviti tambahan dengan meng'online' kan diri pun bossann..tak tahu ape dah nak cari..akhirnya..nuyun telah melayan anime HITMAN REBORNNN!

episode pertama bosan tapi nuyun tak bole nak stop pun..manga dia pun nuyun tak sempat nak baca habis pun..hanya mampu melayan naruto dengan one piece je buat masa ni..hahaha..bukan satu kesalahan pun gegirl cam nuyun nak melayan manga..hahaha

kadang-kadang dalam tepon duk sembang ngan mr. teddy bear pun bole sampai sejam, halnya sebab naruto duk still setia suka kat sakura padahal hinata tu suka separuh mati kot kat naruto..sumpah comel lagi hinata daripada sakura tuh..ceit

ok2h..okeh..stop mengarut anime saya di sini.

ok lah..nuyun nak sambung tengok hitman reborn balik..dadada~~


pertandingan kanak-kanak tercomel..ohoii~

assalamualaikum w.b.t

adoi..dah lama tak update blog nih..dah penuh dengan lalang, pepokok, sesawang, tebuan, tiger kookie~, jaesuk grasshopper, sukjin impala, kwangsoo giraffe, eh apasal dah jadi zoo running man nih?? haih..okey..ni pusat pemeliharaan binatang dan zoo dah datang nih untuk kutip haiwan yang berada di sini, menebas segala semak samun di blog aku nih..

okay STop! mengarut..tihihi =)

aku kat sini nak umumkan aku ada anjurkan pertandingan kanak-kanak tercomel! mohon undi ye..

calon-calonnya adalah, sila lihat gambar-gambar dibawah :-

1. Marisa..terkejut beliau apabila dicalonkan =)

ok lagi sekali..alahai..senyum sikit..dakpe dakpe =)

2. Marzuq..ahahaha..pemalu plak di belakang tiang =)

lagi sekali...bagus dah senyum..done

3. MArdina..ohoii..terbaik

mardina bersama propsnya =)

4. aku sendiri..hahaha..tak nampak ke muka flawless itu..kulit sehalus bayi..tihihi
hahaha..pertandingan di antara keluarga sahaja..hahahaha..ada markah dari juri tetap jugak iaitu akulah..hahaha..sendiri bertanding sendiri nak jadi hakim..orang ramai diharap tidak memprint gambar aku dan bakar..hahahahha..ya ampunn!

dan pemenang yang telah ditetapkan oleh juri tetap iaitu aku..okey tak payah ulang!..pemenangnya adalahhhh degeunn~degeunn~dung dung dung~tadaaa~

yeayy..marisa menang..malu-malu pulak ye =)
untuk menambah pengetahuan pembaca sekalian, sila klik di sini ye MARI SINI!

Thursday 4 July 2013

bunga bunga chentaa

assalamualaikum w.b.t..

jawab taw..tak jawab dosa..uhuk3

malam ni aku terpaksa tangkap gambar bunga origami yang dah sekian lama aku buat..buat pun masa-masa senggang camtu aje..nak tengok tak?

ni la hasil kerajinan yang datang tanpa diduga..buat tanpa tujuan..hihi

ni aku dah bosan maen lipat-lipat kertas, aku gulung la pulak..maap ye buruk..huuhu

bunga-bunga sekuntum tu aku gabungkan ibarat jadi macam pomander ball gitu..huhu (nampak keyboard cek ada hello kitty~meoww)

aku tangkap gambar ni pun sebab kawan-kawan aku la yang paksa..tak sangka rupa-rupanya memasing minat gak dengan menda crafting cuma memasing tak dak masa je nak buat..aku terbuat pun sebab aritu sesaja ushar kat google kat blog orang semua la..alang-alang kertas kaler-kaler dulu masa belajar pun ada lagi..guna je la..hahaha..ni sebagai bukti je kat kawan aku yang aku ni at least rajin sikit dari diorang...hahahahahaha

p/s: kalau tengok bunga-bunga tu kan nampak herot petot sikit maap la ye..ni kes buat atas katil then hempap dengan bantal..hehehe