Thursday 18 July 2013

usah bicarakan payung emas, kerana aku tidak sesuci khadijah atau fatimah

Assalamualaikum w.b.t

ala kan betol pepatah orang tua-tua ni kan 'manakan ada pokok bergoyang kalau tak dak angin' ..main belasah je aku keluarkan fatwa pepatah ni kan..tak tahu susunan yang betul macam mana..hahahaha

cite pasal artis tu la, bukan nak bergosip sebab dari semalam lagi kawan aku dah cerita kat aku. hek eleh aku pun dah tak heran pun pasal artis tu pun sebab khabar angin pasal die dah lama..tup-tup betul.

aku kecoh harini sebab sayu je baca puisi isteri artis tuh..

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

hmm..aku doakan dayana beribu-ribu kebahagiaan datang kepadanya selepas ni..moga-moga beliau tabah dan menjadi muslimat yang betul-betul memahami syariat agama yang tidak menghalang isu berpoligami. tapi harap dayana tahu kalau nak buat perbandingan dayana jauh lebih hebat dari si isteri kedua tu..seorang doktor, anak yang terdidik di bawah linkungan dakwah, cerdik and banyak lagi pun..semua tu kan rezeki masing-masing.

untuk asyraf muslim dan pasangan barunya..hmmm semoga berkekalan dan bahagia.
bye!

No comments:

Post a Comment