Wednesday, 17 July 2013

nak cantik perlu sakit?

assalamualaikum w.b.t

ni semalam punya ni tapi baru harini aku nak cerita..kih kih kih..
btw aku cuti keje arini sebab nak bawak mak comel aku tuh gi klinik gigi nak buat gigi palsu. cian la hai kat dia da la posa nak makan lak tak lalu dan laju..gigi bawah tak dak..tah camna tah gigi mak bole terhempas ke lantai lalu patah. ehehe bakunya!

firstly aku nak mintak maaf kalau nanti orang akan tertanya- tanya kenapa la keja aku tengok youtube je kan..hahaha..tu nak buat macam mana sebabnya memang aku tak dak keja pun kat opis tuh..sampai ke bos-bos aku pun layan youtube je.ehek

ni ha semalam aku tengok tutorial mekap, dah tak tau nak tengok apa kan sampai ke mekap aku layan nanti free lagi aku nak tengok tutorial mekap dengan selendang raya. ohoii melampau nya..

video yang aku cari pembedahan plastik melalui mekap, ala mekap korea la kan yang semua muka macam sama ja pastu flawless yaw. dalam duk cari-cari video tuh kawan aku terjumpa rancangan korea yang memang untuk pembedahan plastik punya - 'LET ME IN' la kot kalau aku tak silap kan. ngeri jugak aku tengok video die. tak dak la diorang tunjuk video bedah tu terang-terang tapi ada la sikit walaupun diblur-blur kan kita masih boleh nampak dokter- dokter tu buat apa siap ada bunyik mesin lagik..haiyak!

rancangan ni macam rancangan reality gak la, contoh kan sorang ni ada masalah kat muka dia, macam rahang lari ke apa ke, die akan gi kat pentas tu cite kat depan hos-hos rancangan tu kan, pastu kat belakang skrin tu ada barisan plastic surgeon yang jadi juri la nak tengok kes tu berat ke tidak, kalau diorang rasa nak amek diorang amikla kes tuh, pastu budak sorang tu akan bawak ke klinik bedah tu sume, then budak tu akan duduk kat satu tempat sampai sume proses bedah siap sampai la 70 hari, sebarang cermin kat rumah tu akan ditutup. cukup 70 hari budak tu datang pentas studio tu die akan dimekap dan dipakaikan baju yang cantik-cantik then di bawak ke pentas. budak tu tak tahu pun muka dia camna taw, bile die datang pentas je die pelik nape ramai terkejut, bila die sendiri yang tengok die sendiri yang terkejut..huhuhu.. nak link die? ni AKU BAGI! 

ada sorang makcik akak tu kan beranak dua dah, ada masalah badan plus dengan laki dia tak suka la kot (ACTUALLY RANCANGAN TU TAKDE ENGLISH SUB, AKU MEN BANTAI TENGOK BAJET PAHAM KOREA..hehe) lepas die bedah kan anak die yang sulung je yang bole terima die sebab kenal kot, yang kedua tak mau kat die sebab tak kenal mak die dah..hahaha..kesian, budak kecik mana tahu ye dak..tapi aku bole rasa la sakit gila kot..pas bedah tu diorang terus bawak keluar pakai usung kerusi roda je, muka macam mummy..sampai katil sumbat wayar ke mulut kot, saluran tu penuh darah je..EWW!



aku tak berani nak tengok lebih-lebih dah takut tak bole berbukak lak aku..

No comments:

Post a Comment