Saturday, 27 July 2013

ramadhan 19- sape dah beli baju raya?

Assalamualaikum diariku..

sekarang orang cerita pasal nak raya la pulak, tinggal seminggu lebeih je nak raya tapi sekarang ni yang penting ramadhan peringkat kita kena FIGHT untuk dapatkan pahala, kalau tidak rugi menyesal..alahai..dah tiga hari aku tinggalkan terawikh campur dengan tak sihat plus nak teman akak bershopping raya.

haah..semalam aku gi teman akak aku la ngan family die kononnya nak beli baju raya ke apa ke kan..tapi hanya pegi jenjalan je. sebabnya tahu tak kenapa?bukak posa semalam abang mijan n family, kak kin n family, kak mayah n family berbuka kat rumah aku..haihhh kalau berbuka ramai-ramai nih memang makan berbuka jadi lama pakat-pakat nak bersembang and maghrib pun dah nak ujung-ujung..bukan aku la diorang tu ha....ahahx

dah semayang sume kak kin aku tanya aku ada tak cerita hantu siam kelakar tuh? cite pee mak..aku pun bukak la layan reramai kan..mak aku gi terawikh, aku tak pegi sebab jap lagi nak teman kak mayah gi shopping, bese lew anak kecik-kecik lagi..tak larat nak kepung la kan..dah tengok tuh, kak hasni isteri abang mijan tutup mata pakai teddy bear..hahaha penakut rupanya, tapi tak habeh tengok pun sebab kak mayah aku ajak keluar dah and kena antar kak kin balik umah die dulu gak sebab suami dia kena berbuka puasa kat masjid kampung die. tu lah die pun nak kete lahai anak kecik berderet gak..susah la die nak bawak keta kan.

dah antar kak kin pun dah nak dekat pukul 10 malam dah pastu nak gerak pegi carefour pulak sampai je dah nak dekat pukul 11 malam dah..orang dah nak tutup kedai la nak cari pe lagi dah..tak jadi pegi la ke lain. then kitorang pegi la ke rnr bagan ajam kan sebab kat situ ada ekspo reraya jugak plus akak azah ada kat sana duk meniaga hai-o..dia tu pun satu gak gigih gila meniaga padahal die cikgu tuh, gaji pun sedap gak tapi tula minat meniaga punya pasal plus nak cari duit banyak macam tu la kan gayanya, aku pun dipaksanya meniaga kat situ tapi aku tak kuasa la nak pegi sebab aku dah la malam jauh pulak and aku kena gi sengsorang. takut aku, die tak pe lah pegi dengan laki die kira selamat la sikit kan and lagipun die da paksa aku pegi meniaga dengan die tiap-tiap hari ahad lagi..cukup la tak kuasa aku..hiii..aku yang miskin tak de duit ni pulak yang malas nak cari duit kan..aptb'

kat situ memang banyak la orang meniaga baju tudung mainan lampu raya sampai ke haiwan peliharaan pun ada. booth akak aku tu depan pentas orang karaokae bagai, aku bingit tak suka situ..huhu..ada orang kesah pasal kau tikah?huhuhu ramai gak la orang kat situ tapi takde la jalan macam semut kan..oleh sebab terlampau banyak sangat baju dan tudung sume aku sampai tak lalu nak tengok..entahlah nape peel aku sekarang, bazar ramadhan tak suka pegi ekspo raya pun tak suka pegi jugak..aku sekarang tak kuasa nak melayan ramai sangat orang kat keliling..huhuhu

kat sini pun kAk mayah tak beli pape pun maybe die pun macam aku kot..huhu..tapi beli la jugak sepasang baju tshirt and seluar dekat mardina..sangat baju barney and friends tuh..kaler die pin campur turqoise sanagt cantik, sampaikan aku sendirik pun tergoda tapi takde pulak size besar. kalau la ada dah awal-awal lagi aku dah rembat. heran aku kenapa diorang tak buat baju comel camtu untuk size dewasa eh? aku nak gak cecomel camtu..aritu aku dah pegi test selipar barbie kat kedai tuh..aku tengok macam padan je kan pakai-pakai cukup muat sangat..duk beli ke taknak kang beli kaki aku mesti makan pasir punya..selipar kan orang memang selalu pakai besor sikit dari kaki kan?hehehehe..tak tahu malu betul aku nih =_='

balik umah sampai dekat umah dah dekat pukul satu, balik je terus rendam panadol soluble yang aku dekat stesen minyak tadi..aku selsema tak meleleh lagi tapi dah memang tak bernyawa aku ni tu aku telan jugak la panadol tu kan..hahahaha...mesej ngan abang mr. teddy bear tu tak sempat nak wish gudnite aku dah tenggelam kelam dah..huk3..cedeyh cangat..aww gediks! lahai..dadadadaa

No comments:

Post a Comment