Thursday 25 July 2013

entry saja-saja

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dapat bersahur dengan sempurna bersama mak ayah bersantap dengan juadah nasi dengan telur goreng sahaja. tapi tetap lazat dan memuaskan.sangat suka telur goreng.tetiba!

Alhamdulillah hari ini dah masuk ke-17 ramadhan. kita di fasa-fasa untuk meningkatkan amalan di mana fasa kedua kita diberi pengampunan dan tak lama lagi fasa ketiga semua pintu-pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup. oleh itu ayuh kita bersama-sama merebut peluang keemasan ini.

di pagi yang hening ni, aku sengaja rajin nak berblog padahal blog dah lama aku tak update..ahahaaha..wei tahu tak sebenarnya aku tak tidur dari semalam lagi nih. nasib baik la penang hari cuti nuzul alquran.. malam tadi aku pegi ke majlis buka puasa Hai-O juru pastu ada talking-talking dari abang lan si jutawan tuh..lam kul 11.30 gak la baru nak abeh..pastu pegi anta kawan aku dulu kat perda pastu otw balik umah aku je dah pukul 12 a.m dah..tapi balik steady ja sebab bulan puasa kan..tak takut lansung..hahaha..merasa rahmat sungguh bulan ramadhan ni kan..padahal kalau hari biasa aku mesti bawak laju punya tak tengok luar cermin tepi-tepi dah pandang depan je, pastu bukak radio IKIM kuat-kuat..ikim tengah-tengah malam ada siaran bacaan alquran sambil tahan napas bila lalu jalan tak ada lampu jalan..hihihi..tapi aku tak selalu la balik lambat. balik lambat pun sebab hal orang lain..sadis tak?ha?

dah balik tak rasa pulak mengantuk, layan anime naruto jap pastu lam pukul 3.30 pagi gi mandi..tak rasa sejuk pun.pastu aku masak nasik..bajet macam rajin kan..hihihi..bukan ape mak aku kalau bangun dia akan pegi semayang sunat dulu semua, and sebelum ni nasik dah masak malam then perangat je sahur tuh. ni agaknya sebab semalam aku dengan adik aku tak berbuka kat umah so mak aku malas nak masak pape la kot. masak yang simple-simple asal dia dengan ayah aku dapat makan.

pas bersahur pulak mak aku mesti terkejor-kejor mandi then nak pegi surau untuk subuh dengan tadarus, biasala hari cuti senang la die nak pegi surau tinggalkan ayah aku kat aku..ayah aku tuh sakit tapi tak tahu sakit apa..nak jalan tak larat segala pergerakan lambat bagai nak kata strok ke minor strok ke doktor pun tak tahu nak clarify macam mana..hahaha..so lepas ayah aku sahur aku tarik ayah aku pegi bilik air..biarkan die mandi sorang-sorang..hihihi..ayah aku bole buat semua tu sendiri cuma terbatas waktu je. oleh sebab tadi subuh pun masih awal aku biarkan je ayah mandi sengsorang kalau tidak tolong mandikan je la sebab nak kejar subuh kan.pas siap mandi tarik ayah bagi pakai baju semua biar die kat kerusi semayang then biar je nanti die gerak la gi mana slow-slow. aku pulak gi semayang subuh then habiskan bacaan al-quran and khatam..eleh padahal tinggal surah-surah lazim je pun..bacaan dari sebelum puasa lagi yang kemain lambat nak habis. pastu dok berblog walking blog orang. aku sangat suka baca blog orang..rajin diorang update blog aku pulak rajin update baca blog diorang padahal blog aku ke laut..hahahaha

oleh sebab hari ini cuti, agak-agak ape aktiviti aku jap lagi eh? aku rasa kan..
1. aku nak bawak cerek elktrik tu ke kedai elktrik yang kami beli aritu..cipan betoi cerek tu menyebabkan semua extension aku loose fius/button and salah satu lubang soket akan terbakar..caiss kesian cipan..huhuhu
2. aku rasa mak aku mesti akan start suruh mengemas rumah memandangkan lagi nak 2 minggu je umat islam akan menyambut hari raya. haih aku rasa sangat hazab nak kemas rumah aku sebab rumah aku kan rumah kampung dah tu sangat besar ada atas bawah nak kemas bilik bagai nanti anak cucu nak balik nanti nak tidur dalam bilik then dengan banyak benda-benda dalam rumah ni yang aku tak tahu berguna ke tidak ke nak buang ke hape and kadang-kadang tak tahu siapa tuan punya barang. Hah! amek sekali tulis tak dak noktah..begitu lah apabila kekusutan melanda..tulisan yang ditulis ibarat ledakan jiwa yang bertempiaran.. perghh hahaha.tah pape

i think better me take a nap sebentar sebelum dikerah menjadi pekerja buruh jap lagi. begini la yang terjadi kalau aku sorang je anak yang tinggal kat rumah..semua urusan rumah diserahkan padaku..Arghhh! tapi tak pe aku akan lakukan yang terbaik. Aja Aja FighTING!!

No comments:

Post a Comment