Saturday 1 June 2013

hujan rahmat

pagi tadi hujan..memang seronok tido..huhuhu..even mak aku yang tak tido lepas subuh pun terlentang kejap sebab hujan..hehehe..tapi kejap je la, pastu die bangun pegi goreng bihun untuk breakfast..tapi die tak paggil aku suruh buat pun..hehehe..die tak tahu aku tak tidur pun waktu tu, tapi lama-lama berdengkur jua...hahahaha

Rupanya hujan terbahagi kepada 2 jenis juga yea. Yang pertama, hujan adalah rahmat dari Allah buat manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda hidup yang lain. Yang kedua pula,hujan adalah satu bala atau peringatan yang Allah turunkan akibat daripada perbuatan manusia yang lalai kepada Allah dan berbuat jahat di dunia ini.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al Baqarah Ayat 22)

sekarang pukul 1:46 petang..tadi tetiba angin kencang gila babas, suasana dalam rumah tetiba menjadi kelam ibarat gua kelam..eheh tetiba..hujan lagi tapi beserta derasan angin yang menujah cecelah pohon pisang, pelam etc jua bersama rembesan air menerobos tingkap niko rumah aku..huii..takut sekajapan tadi..tapi Alhamdulillah keganasan itu hanya sebentar cuma..

lalu aku pun keluar untuk menangkap gambar..kikiki..takde motip pun..dah reda baru berani keluar

jadi lecak kawasan umah aku..tapi nampak macam best..kalau anak sedara ada mesti pergi mandi beramai2

tadi pokok pisang jadi senget gila..macam rukuk angin tolak..tanak caya sudahh!

lantai depan umah basah terkena tempiasan ujan

banjir-kilat-takat-buku-lali-jepon

harap mak aku tak suruh aku mop-malas

bagus hujan2 nih, menjadikan pokok pelam hampir botak berbuah merimbun kembali

dah lama ke tikar tu duduk situ??

hajat dihati serasa ingin beradu kembali saja, satgi balik cik yah dari kenduri mesti mengamuk tengok aku melingkar dalam bilik aje..takutwoo~takjadi~tidolah

No comments:

Post a Comment