Saturday 15 June 2013

tam ooo tamm

assalamualaikum wbt..aku ada kucing yang bernama tam...tam..

tam merupakan anak angkat ibu kucing aku yang mati tahun lepas..anak angkat? ya..tam aku tak tahu dari mana asal usulnya yang tetiba muncul kat rumah aku, masa tu tam kecik sangat..ibu tompok sangat baik hati sebab ibu tompok yang jaga tam malah turut bagi tam menyusu bersama-sama dengan anak-anak ibu tompok..kalau lah ibu putih yang dulu, memang dia tak kasi can punya..habis dikejar anak kucing tu sampai tercirit-cirit..aku tak bohong sebab aku pernah tengok..so memang aku nak tabik spring la kat ibu tompok nih..hehehe

namun, tahun lepas ibu tompok mati akibat yang tak dikenal pasti..owh..dah hilang sekor 'mouse seeker' yang terer..namun tam jua terer..syabas ibu tompok kerana mengajar tam..anakanak ibu tompok yang lain mati masa kecik cuma sekor lagi yang bernama puteh  ada bersama abang aku yang baru saja kematian/kehilangan kucingnya yang bernama putera..

tam dah dua kali beranak..anak-anaknya yang pertama mati masa  kecil..maybe sebab ada penyakit..anak-anak tam tak comel sangat kalau nak dibandingkan dengan anak ibu tompok dan putih dulu..barangkali tam tak pandai cari jantan..ehehe..tetiba kau! anak tam semua itam putih dan hanya tahu berak didalam rumah sahaja dan suka tidur di atas tilam..melampau!

namun sekarang tam sudah beranak untuk kali yang kedua..anaknya hitam putih jugak..'adakah dengan si jantan yang sama?'..tapi..

yang paling menyakitkan hati aku adalah sebab dia beranak dalam almari kain aku..ewah ewah tam nihhhh!..almari kain aku tu aku bawak balik dari masa aku duduk U dulu..aku tak beli almari kayu lagi sebab aku nak pindah bilik, ini hanya bilik sementara sahaja..tapi tam tak berhak nak rampas almari aku yang penuh dengan kain baju aku..tidakkkk!! patut dulu aku buang je tam kat umah orang lain tapi mak aku tak bagi sebab die terer tangkap tikus..heeeeee..dah lah tak pandai ajar anak dia berak kat luar..nyampah betol aku..

patut la masa aku tengok die tu tetiba je perut die dah landut, aku tanya la dia kat mana dia beranak, dia buat bodo je pastu dia tengok aku lama-lama..aku tanya dia banyak kali pun dia buat menda yang sama..patutla die selalu lepak kat pintu bilik aku dari sebelum die beranak lagi..die dah lama ushar port sinih..kuangjaq betoi la..pegi la beranak belakang alamari ke tak pe la jugak..adoiii

eleh...tengok tuh..dah la tumpang almari orang..marah kat orang pulak
tengok la kaler anak die..itam putih..genetik mak die kuat sangat
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing hitam,
dua tiga lagi aku takkan cari,
tambahtambah mcam si tam kelam.

i redha je..i akan tengoktengokkan anak u tuh..hii..sabor je la

No comments:

Post a Comment