Friday 14 June 2013

siapakah yang bersalah??

assalamualaikum..

aku sangat malas nak tulis blog sendiri, namun aku sangat suka baca blog orang lain..setiap hari mesti aku akan baca tiga blog itu..kalau diorang tak update aku akan baca blog sesiapa je..hehehehe..nape eh??

aku tulis blog ni bila perasaan aku tak normal je kot..aku rasa la..aku maksudkan bila aku terlampau happy ke, sedih ke, menyampah ke ataupun bosan..hahaha

sekarang ni pun aku gilas baca blog-blog yang buat DIY projek KAHWIN..hehehehe..aku pun tak tahu nape la aku kemaruk sangat nak cari pasal benda alah tuh..nak kata nak kahwin tak dak sapa pun nak ajak aku kahwin..sape? mr.teddy bear? tak payahlah cakap pasal dia..eheh..emo jap..entah la dia tu..tak ajak kahwin pun.. =(

weh muda lagi la..

hmmm...mood aku nak tulis blog ni sekarang adalah mood menyampah..padahal aku dah menyampah 2hari lepas lagi..aku nak la tulis kat blog nih tapi asal baring je atas katil terus terlelap sampi pagi..hai..penat pelik ngat aihhh..uhuh

ada sapa-sapa tengok berita tak? kat penang ni semalam ada ribut..ada kawasan yang teruk and yang tak teruk..macam aku, aku tak rasa pun angin ribut tapi masa aku balik memang banyak la dahan patah-patah di pokok kat tepi jalan tu..kat tengah-tengah jalan highway pulak memang bergelimpangan la ranting-ranting, siap pelepah nyiur bagai..padahal aku aku tak nampak pulak pokok nyiur yang ada berhampiran situ..dekat tepi bendang tepi highway lagi la..papan iklan terbalik..besar gak tu..mesti kuat gila kan angin ribut tu..Alhamdulillah lah aku tak ada kat situ waktu tu..banyak gak la kawasan yang teruk..antaranya..



gambar-gambar ni diambil kat jalan mancalister..heii..FAIL kau eja..SORI!!heheh

aku rasa ribut-ribut ni balasan jugak la kat kita-kita ni..sebab pe aku cakap macam tu? sebab perkara yang terang-terangan tak elok atau buruk berlaku depan mata kita, kita tak berani nak tegur..kita selalu biarkan..aku pun rasa insaf jugak..

macam sehari sebelum ribut tu berlaku, macam biasa aku balik keje, nak pergi ke car park, macam biasa la nak maghrib dah tapi ada jugak la bebudak yang melepak kat tembok tepi tu, kali ni aku pelik la tengok 3 4 budak kat situ..aku ushar la kan..

ada sorang perempuan berdiri membelakangkan perempuan yang duduk dekat tembok tu, aku tengok tangan budak yang duduk atas tembok tu dalam baju budak yang berdiri tuh..terselak la jugak baju budak tu..rupa-rupanya budak perempuan tu betulkan kancing 'bra' a.k.a baju dalam budak sorang lagi..haihh..memang sial sengal betul la..betul-betul kat public kau tau padahal toilet tak jauh pun. and the worst ever, boypren budak yang duduk kat tembok tu pulak duduk bebetul  sebelah budak tu sambil tengok awek die betulkan bra sambil isap rokok pulak tu..aku ushar lama gak, pastu diorang tengok aku, aku cepat-cepat blah la..aku hairan, kenapa aku yang nak takut?bukan aku yang salah..kenapa tak dak orang lain yang tegur? ada je pakcik, orang yang lebih tua kat situ tak tegur pun..kita tak dak hak ke?

haritu pun aku nak melintas jalan ke car park jugak, ada la girl ni bawak keta sambil hisap rokok, pakai tudung pulak tuh..eiiiiii..rasa macam nak pancitkan je tayar keta dia..pastu sumbat la pape dalam ekzos keta dia tu biar meletop..hahaha asbestos kau..dah la bawak macam pelesit..bajet dah cukup hebat ke ha??memang patut la semua merasa penangan ribut ni sebab tak dak sapa nak berani mencegah benda-benda yang mengundang bencana ni..hai marah dah la nih..
memang la aku pun ada ja yang tak cukup adab tapi tu la yang penting, TEGUR-MENEGUR..kalau aku salah kau tegur, kau salah aku tegurla..barulah jadi AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR! yeye je aku ni kan..

ini peringatan untuk diri aku dan sahabat-sahabat di luar sana, jangan lah kita tergolong dalam golongan yang nabi kita dah beritahu kat kita:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

tapi jadilah kita:

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

marilah kita sama-sama renungkan..in shaa Allah =')

No comments:

Post a Comment